Ketika blogpost ini sedang ditaip... kebanyakkan radio tempatan milik kerajaan menerusi Jabatan Penyiaran Malaysia di bawah Kementerian Komunikasi & Multimedia Malaysia (KKMM) hanya di peringkat negeri sahaja.
Tidak seperti di negara jiran kita iaitu Negara Kesatuan Republik Indonesia (NKRI)... Malaysia tidak mempunyai stesen radio awam tempatan di peringkat daerah, daerah kecil dan pihak berkuasa tempatan (PBT). Indonesia bukan sahaja mempunyai stesen televisyen awam di peringkat nasional tapi bahkan jua terdapat stesyen televisyen awam di setiap provinsi (wilayah) yang dikendalikan oleh Televisi Republik Indonesia (TVRI) manakala di peringkat kabupaten (daerah) / kota (bandar/bandaraya) pula terdapat stesen radio awam tempatan yang dikendalikan oleh Radio Republik Indonesia (RRI).
Dalam menpertingkatkan lagi usaha penyampaian wadah aspirasi serta dasar kerajaan kepada rakyat, menyampaikan maklumat berita tempatan kepada rakyat, memelihara/memupuk/mengembangkan lagi seni kebudayaan tempatan... pada pandangan pengarang blog ini... sudah tiba masanya Radio Televisyen Malaysia (RTM) mengorak selangkah lagi ke hadapan dengan mewujudkan stesyen televisyen awam tempatan di setiap negeri dan stesyen radio awam tempatan di setiap daerah, daerah kecil dan pihak berkuasa tempatan (PBT) di bawah kendalian Radio Televisyen Malaysia (RTM).
Dan oleh kerana itu jualah... pada pandangan pengarang blog ini... daerah Johor Bahru sebagai sebuah daerah kosmopolitan di selatan pantai barat semenanjung Malaysia berpotensi untuk mempunyai lebih daripada satu stesen radio RTM tempatan sendiri suatu hari nanti pada masa akan datang. Antara stesen radio RTM tempatan yang berpotensi diwujudkan di dalam daerah kosmopolitan ini ialah "Radio Iskandar Puteri FM" yang memberi penumpuan kepada pendengar warga Iskandar Puteri (warga kawasan pentadbiran Majlis Bandaraya Iskandar Puteri, MBIP).
Apa pun... pengarang blog ini berharap perkara ini boleh menjadi nyata suatu hari nanti pada masa akan datang.
#KosmopolitanJB #JB #JohorBahru #IM #IskandarMalaysia #TP #TanjungPuteri #Wow8Zone #WowEightZone #Wow8 #WowEight #Wow8Gangz #WowEightGangz #Wow8Biz #WowEightBiz #Tempatan #Local #Love #InstaGood #Malaysia #Indonesia #Singapore #Malaysian #Indonesian #Singaporean #NKRI



