Showing posts with label Daerah Johor Bahru. Show all posts
Showing posts with label Daerah Johor Bahru. Show all posts

Thursday, December 4, 2025

YTL ubah suai Thistle Johor Bahru jadi JW Marriott, dibuka akhir 2026.

 




YTL ubah suai Thistle Johor Bahru jadi JW Marriott, dibuka akhir 2026.


KUALA LUMPUR: Marriott International memeterai perjanjian dengan YTL Hotels bagi membawa jenama mewah JW Marriott ke Johor Bahru melalui penukaran strategi bekas hotel Thistle Johor Bahru.


Projek itu dijangka siap dan dibuka kepada umum menjelang Disember 2026, sekali gus mengukuhkan kehadiran Marriott dalam segmen hospitaliti mewah di Malaysia.


Presiden Marriott International Asia Pasifik (tidak termasuk China), Rajeev Menon, berkata langkah itu merupakan sebahagian strategi pengembangan jenama JW Marriott ke destinasi yang menunjukkan peningkatan permintaan pelancongan perniagaan dan rekreasi.


"Johor Bahru mempunyai hubungan rentas sempadan yang kukuh dan semakin berkembang sebagai hab antarabangsa.


Ia menjadikan bandaraya ini lokasi semula jadi untuk penjenamaan JW Marriott yang menekankan pengalaman mewah yang transformatif," katanya pada majlis memeterai perjanjian itu di Kuala Lumpur, semalam.


Sementara itu, Pengarah Eksekutif YTL Hotels, Datuk Mark Yeoh Seok Kah, berkata kerjasama jangka panjang bersama Marriott International sekali lagi diperkukuh melalui projek terbaharu itu.


"Hotel ini akan ditransformasi menjadi sebuah destinasi mewah moden yang mencerminkan nilai JW Marriott. Ia juga menandakan peranan Johor Bahru sebagai destinasi pilihan pelancong berprofil tinggi," katanya.


Pembukaan JW Marriott Hotel Johor Bahru dijangka menjadi pemangkin utama kepada pertumbuhan sektor hospitaliti mewah di bandaraya ini, sekali gus mengangkat Johor sebagai destinasi premium yang mampu bersaing dengan Singapura.


Perkembangan pesat ekonomi negeri, kedudukan strategik dan pembukaan Rapid Transit System (RTS) pada tahun depan menjadi antara faktor utama yang menyokong kehadiran jenama lima bintang itu.


Sementara itu, Naib Presiden Kanan Pembangunan Asia Pasifik (tidak termasuk China) Marriott International, D.Shawn Hill, berkata permintaan terhadap penginapan mewah semakin meningkat di pasaran sekunder seperti Johor Bahru, seiring pertumbuhan pelancongan dan akses yang lebih mudah antara kedua-dua negara.


"Kami melihat peningkatan permintaan ketara di banyak pasaran luar bandar bandar utama. Johor Bahru menjadi lokasi strategik kerana kedudukannya bersebelahan Singapura dan RTS akan mengurangkan kekangan perjalanan dengan hanya lima minit dari Woodlands," katanya.


Hotel JW Marriott Johor Bahru yang kini menjalani proses ubah suai menyeluruh merangkumi kawasan seluas 1.9 hektar dengan 410 bilik termasuk pilihan penginapan premium berkonsep kontemporari serta pemandangan panoramik bandar.


Antara kemudahan lain yang dirancang termasuk Executive Lounge sebuah spa dengan lima bilik rawatan, kemudahan hidroterapi, pusat kecergasan moden, kolam renang gaya resort, gelanggang tenis, tiga gelanggang pickleball serta Kids' Club khusus untuk keluarga.


Ruang acara turut dipertingkatkan dengan keluasan keseluruhan 2,517 meter persegi, merangkumi sebuah ballroom utama seluas 900 meter persegi, junior ballroom 600 meter persegi dan 16 bilik mesyuarat.


Hotel berkenaan terletak di persimpangan Jalan Sungai Chat dan Jalan Lingkaran Dalam, hanya beberapa minit dari Stesen RTS Bukit Chagar yang dijangka siap, Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin (CIQ) serta Lapangan Terbang Antarabangsa Senai.


JW Marriott Johor Bahru akan menjadi hotel JW Marriott kedua di negara ini selepas JW Marriott Kuala Lumpur, sekali gus memperkukuh portfolio mewah Marriott di Malaysia yang turut merangkumi The Ritz-Carlton, The St. Regis dan W Hotels.


Sumber daripada

~

https://www.bharian.com.my/bisnes/korporat/2025/12/1480186/ytl-ubah-suai-thistle-johor-bahru-jadi-jw-marriott-dibuka-akhir-2026


👇🏽👇🏽👇🏽👇🏽👇🏽

🔗🔗🔗🔗🔗


https://www.facebook.com/kosmopolitanjb/


https://kosmopolitanjb.blogspot.com/?m=0


🔗🔗🔗🔗🔗

👆🏽👆🏽👆🏽👆🏽👆🏽


#JohorBahru #JB #DaerahJohorBahru #DistrictJohorBahru #DaerahJB #DistrictJB #KosmopolitanJohorBahru #KosmopolitanJB #DewanBandarayaJohorBahru #JohorBahruCityHall #MajlisBandarayaJohorBahru #JohorBahruCityCouncil #DBJB #JBCH #MBJB #JBCC #IskandarMalaysia #IbrahimInternationalBusinessDistrict #IIBD #TanjungPuteri #CoronationSquare #SouthkeyMidValley #IskandarPuteri #MediniIskandar #KotaIskandar #PuteriHarbour #MajlisBandarayaIskandarPuteri #IskandarPuteriCityCouncil #MBIP #IPCC #IP #Nusajaya #PasirGudang  #Tebrau  #DangaBay  #Stulang  #RFPPrincessCove  #LarkinSentral  #BukitIndah  #PermasJaya  #GelangPatah  #ForestCity #Skudai #TamanUngkuTunAminah #TUTA #YTL #Thistle #JWMarriot #Accomodation #Accomodations #Penginapan #Hotel #Hotels


Sunday, October 4, 2020

Bersediakah Johor Bahru & Johor Menerima Kedatangan "Mustafa Center"?...




Mustafa Center merupakan sebuah kompleks membeli-belah 24 jam yang terletak di Syed Alwi Road, Singapura. Kompleks membeli-belah 24 jam ini sering menjadi tumpuan pelancong kerana pada ketika blogpost ini sedang ditaip... Mustafa Center merupakan satu-satunya kompleks membeli-belah / mall yang beroperasi 24 jam di dunia ini.

Sebagai sebuah bandaraya kosmopolitan yang terpenting di kawasan selatan pantai barat semenanjung Malaysia... Johor Bahru berpotensi untuk bertapaknya cawangan Mustafa Center di sini.

Apa pun... pengarang blog ini berharap perkara ini boleh menjadi nyata suatu hari nanti pada masa akan datang.

#KosmopolitanJB #JB #JohorBahru #IM #IskandarMalaysia #TP #TanjungPuteri #Wow8Zone #WowEightZone #Wow8 #WowEight #Wow8Gangz #WowEightGangz #Wow8Biz #WowEightBiz #Tempatan #Local #Love #InstaGood #Malaysia #Indonesia #Singapore #Malaysian #Indonesian #Singaporean #NKRI

Iskandar Puteri Bersedia Menjadi Ibu Negeri Johor Yang Baru Mengantikan Johor Bahru?...




Ibu negeri Johor ialah Johor Bahru. Sebelum Johor Bahru menjadi ibu negeri Johor... terdapat beberapa tempat yang pernah menjadi ibu negeri Johor ini antaranya ialah Johor Lama (Daerah Kota Tinggi) dan Teluk Belangah (Singapura).

Seperti mana Malaysia yang ibu negara terletak di Kuala Lumpur manakala pusat pentadbiran persekutuan terletak di Putrajaya... negeri Johor juga seperti mengikut langkah kerajaan pusat untuk mengurangkan kesesakan bandar dengan memindahkan sebahagian pentadbiran ke suatu kawasan urbanisasi yang baru.

Pada ketika blogpost ini sedang ditaip... ibu negeri Johor masih pusat bandaraya kosmopolitan Johor Bahru (Tanjung Puteri) manakalan sebahagian besar pentadbiran kerajaan negeri Johor dipindahkan ke bandaraya Iskandar Puteri (Medini Iskandar).

Namun begitu... perpindahan sesebuah ibu negara atau ibu negeri / wilayah ke lokasi baru bukanlah sesuatu yang ganjil. Terdapat beberapa buah negara yang telah melakukan perpindahan ibu negara / ibu negeri / ibu wilayah ke lokasi baru... bahkan pada ketika blogpost ini sedang ditaip... negara jiran seperti Negara Kesatuan Republik Indonesia (NKRI) sedang dalam proses pemindahan ibu negara Indonesia dari Jakarta ke suatu kawasan di dalam daerah Penajam Paser Utara dan daerah Kutai Kertanegara (kedua-dua daerah ini terletak di dalam wilayah Kalimantan Timur).

Di Malaysia pula... negeri Selangor pernah mencatatkan sejarah apabila melakukan proses pemindahan ibu negeri Selangor dari Kuala Lumpur ke Shah Alam kerana pada sekitar tahun 70an... kerajaan persekutuan pada ketika itu mahu menjadikan daerah Kuala Lumpur sebagai wilayah persekutuan.

Pengasingan ibu negara / ibu negeri / ibu wilayah dengan kota komersil negara / negeri / wilayah juga bukanlah sesuatu yang ganjil seperti contoh Amerika Syarikat yang mana ibu negaranya ialah Washington DC manakala kota komersil utama negara ialah bandaraya New York... China yang ibu negaranya ialah Beijing manakala kota komersil utama negara ialah Shanghai... India yang ibu negaranya ialah New Delhi manakala kota komersil utama negara ialah Mumbai. Di Indonesia pula terdapat ibu wilayah yang bukan kota komersil utama sesuatu wilayah seperti contoh wilayah Kepulauan Riau yang mana ibu wilayahnya ialah Tanjungpinang manakala kota komersil utama wilayah ialah Batam.

Oleh itu... bukanlah sesuatu yang mustahil jika suatu hari nanti pada masa akan datang... ibu negeri Johor berpotensi untuk dipindahkan dari pusat bandaraya kosmopolitan Johor Bahru (Tanjung Puteri) ke bandaraya Iskandar Puteri (Medini Iskandar). Jika perkara tersebut berlaku (perpindahan ibu negeri Johor dari pusat bandaraya kosmopolitan Johor Bahru / Tanjung Puteri ke Iskandar Puteri / Medini Iskandar)... pusat bandaraya kosmopolitan Johor Bahru (Tanjung Puteri) masih boleh berperanan sebagai kota komersil utama negeri Johor.

Apa pun... pengarang blog ini berharap suatu hari nanti pada masa akan datang... perkara ini boleh menjadi nyata...

#KosmopolitanJB #JB #JohorBahru #IM #IskandarMalaysia #TP #TanjungPuteri #Wow8Zone #WowEightZone #Wow8 #WowEight #Wow8Gangz #WowEightGangz #Wow8Biz #WowEightBiz #Tempatan #Local #Love #InstaGood #Malaysia #Indonesia #Singapore #Malaysian #Indonesian #Singaporean #NKRI

Tiba Masanya Untuk Pejabat Tanah & Daerah Kecil (PTDK) Pasir Gudang Diwujudkan?...




Pada ketika blogpost ini sedang ditaip... Pasir Gudang mempunyai sebuah pihak berkuasa tempatan (PBT) iaitu Majlis Perbandaran Pasir Gudang (MPPG) tetapi tidak mempunyai sebuah pejabat tanah dan daerah kecil. Pentadbiran tanah di kawasan Majlis Perbandaran Pasir Gudang (MPPG) ditadbir secara terus oleh Pejabat Daerah & Tanah Johor Bahru yang terletak di Larkin.

Apabila membabitkan soal pembayaran cukai pintu / harta dan juga pembayaran lesen perniagaan pihak berkuasa tempatan (PBT) di kawasan pentadbiran Majlis Perbandaran Pasir Gudang (MPPG)... warga tempatan di kawasan pentadbiran Majlis Perbandaran Pasir Gudang (MPPG) akan pergi ke pejabat Majlis Perbandaran Pasir Gudang (MPPG) yang terletak di pusat bandar Pasir Gudang untuk melakukan pembayaran cukai pintu / harta dan lesen perniagaan pihak berkuasa tempatan (PBT).

Apabila membabitkan soal tanah pula... warga tempatan di kawasan pentadbiran Majlis Perbandaran Pasir Gudang (MPPG) akan ke Pejabat Daerah & Tanah Johor Bahru yang terletak di kawasan Larkin untuk melakukan urusan membabitkan isu tanah.

Apakah sudah tiba masanya untuk kawasan Pasir Gudang / Johor Bahru Timur mempunyai pejabat tanah dan daerah kecil sendiri? Jika diukur dari segi populasi dan pertumbuhan ekonomi... Pasir Gudang berpotensi untuk mempunyai sebuah pejabat tanah dan daerah kecil sendiri yang membantu kelancaran pentadbiran tanah daerah Johor Bahru dengan menumpukan pentadbiran tanah di kawasan timur daerah Johor Bahru.

Apa pun... pengarang blog ini berharap agar suatu hari nanti pada masa akan datang... perkara ini boleh menjadi nyata.

#KosmopolitanJB #JB #JohorBahru #IM #IskandarMalaysia #TP #TanjungPuteri #Wow8Zone #WowEightZone #Wow8 #WowEight #Wow8Gangz #WowEightGangz #Wow8Biz #WowEightBiz #Tempatan #Local #Love #InstaGood #Malaysia #Indonesia #Singapore #Malaysian #Indonesian #Singaporean #NKRI

Tiba Masanya Untuk Pejabat Tanah & Daerah Kecil (PTDK) Skudai Diwujudkan?...




Pada ketika blogpost ini sedang ditaip... kawasan Skudai (Mukim Tebrau & Mukim Pulai) tidak mempunyai sebuah pejabat tanah dan daerah kecil. Pentadbiran tanah di kawasan Skudai (Mukim Tebrau & Mukim Pulai) ditadbir secara terus oleh Pejabat Daerah & Tanah Johor Bahru yang terletak di Larkin.

Apakah sudah tiba masanya untuk kawasan Skudai / Johor Bahru Utara (Mukim Tebrau & Mukim Pulai) mempunyai pejabat tanah dan daerah kecil sendiri? Jika diukur dari segi populasi dan pertumbuhan ekonomi... kawasan Skudai (Mukim Tebrau & Mukim Pulai) berpotensi untuk mempunyai sebuah pejabat tanah dan daerah kecil sendiri yang membantu kelancaran pentadbiran tanah daerah Johor Bahru dengan menumpukan pentadbiran tanah di kawasan utara daerah Johor Bahru.

Apa pun... pengarang blog ini berharap agar suatu hari nanti pada masa akan datang... perkara ini boleh menjadi nyata.

#KosmopolitanJB #JB #JohorBahru #IM #IskandarMalaysia #TP #TanjungPuteri #Wow8Zone #WowEightZone #Wow8 #WowEight #Wow8Gangz #WowEightGangz #Wow8Biz #WowEightBiz #Tempatan #Local #Love #InstaGood #Malaysia #Indonesia #Singapore #Malaysian #Indonesian #Singaporean #NKRI

Tiba Masanya Untuk Pejabat Tanah & Daerah Kecil (PTDK) Iskandar Puteri Diwujudkan?...




Pada ketika blogpost ini sedang ditaip... Iskandar Puteri mempunyai sebuah pihak berkuasa tempatan (PBT) iaitu Majlis Bandaraya Iskandar Puteri (MBIP) tetapi tidak mempunyai sebuah pejabat tanah dan daerah kecil. Pentadbiran tanah di kawasan Majlis Bandaraya Iskandar Puteri (MBIP) ditadbir secara terus oleh Pejabat Daerah & Tanah Johor Bahru yang terletak di Larkin.

Apabila membabitkan soal pembayaran cukai pintu / harta dan juga pembayaran lesen perniagaan pihak berkuasa tempatan (PBT) di kawasan pentadbiran Majlis Bandaraya Iskandar Puteri (MBIP)... warga tempatan di kawasan pentadbiran Majlis Bandaraya Iskandar Puteri (MBIP) akan pergi ke pejabat Majlis Bandaraya Iskandar Puteri (MBIP) yang terletak di pusat bandar Medini Iskandar untuk melakukan pembayaran cukai pintu / harta dan lesen perniagaan pihak berkuasa tempatan (PBT).

Apabila membabitkan soal tanah pula... warga tempatan di kawasan pentadbiran Majlis Bandaraya Iskandar Puteri (MBIP) akan ke Pejabat Daerah & Tanah Johor Bahru yang terletak di kawasan Larkin untuk melakukan urusan membabitkan isu tanah.

Apakah sudah tiba masanya untuk kawasan Iskandar Puteri / Johor Bahru Barat mempunyai pejabat tanah dan daerah kecil sendiri? Jika diukur dari segi populasi dan pertumbuhan ekonomi... Iskandar Puteri berpotensi untuk mempunyai sebuah pejabat tanah dan daerah kecil sendiri yang membantu kelancaran pentadbiran tanah daerah Johor Bahru dengan menumpukan pentadbiran tanah di kawasan barat daerah Johor Bahru.

Apa pun... pengarang blog ini berharap agar suatu hari nanti pada masa akan datang... perkara ini boleh menjadi nyata.

#KosmopolitanJB #JB #JohorBahru #IM #IskandarMalaysia #TP #TanjungPuteri #Wow8Zone #WowEightZone #Wow8 #WowEight #Wow8Gangz #WowEightGangz #Wow8Biz #WowEightBiz #Tempatan #Local #Love #InstaGood #Malaysia #Indonesia #Singapore #Malaysian #Indonesian #Singaporean #NKRI

Ada Apa Dengan Ikea Tebrau, Johor Bahru?...




Gedung Ikea Tebrau terletak di Jalan Harmonium, Taman Desa Tebrau berhampiran dengan AEON Mall Tebrau City.

Jenama Ikea merupakan sebuah jenama dari negara Sweden yang menjual perabot pasang sendiri.

Syarikat Ikea memulakan operasinya di Sweden pada tahun 1943. Kini Ikea mempunyai banyak cawangan di beberapa buah negara termasuk Malaysia. Ikea Malaysia juga mempunyai beberapa buah cawangan di negara ini antaranya ialah Ikea Tebrau.

Ikea Tebrau merupakan Ikea pertama di kawasan selatan pantai barat semenanjung Malaysia. Selain kawasan Lembah Klang dan selatan pantai barat semenanjung Malaysia... Ikea Malaysia juga sedang merancang untuk meneroka pasaran di kawasan utara pantai barat semenanjung Malaysia, pantai timur semenanjung Malaysia, Sarawak & Sabah.

Moga Ikea Tebrau terus maju jaya dan semakin berkembang pesat.

#KosmopolitanJB #JB #JohorBahru #IM #IskandarMalaysia #TP #TanjungPuteri #Wow8Zone #WowEightZone #Wow8 #WowEight #Wow8Gangz #WowEightGangz #Wow8Biz #WowEightBiz #Tempatan #Local #Love #InstaGood #Malaysia #Indonesia #Singapore #Malaysian #Indonesian #Singaporean #NKRI

Senarai Hotel - Hotel Utama Di Dalam Daerah Johor Bahru...




Sebagai sebuah bandaraya kedua terbesar di Malaysia selepas Kuala Lumpur... Johor Bahru mempunyai banyak perkhidmatan penginapan hotel berbintang, hotel bajet dan homestay.

Berikut pengarang blog ini senaraikan nama hotel-hotel berbintang utama di daerah kosmopolitan Johor Bahru untuk rujukan para pembaca.

- Hotel Thistle .
- Hotel Doubletree .
- Hotel Holiday Inn .
- Hotel New York .
- Hotel Berjaya Stulang .
- Hotel Mutiara .
- Hotel KSL .
- Hotel Jen Iskandar Puteri .
- Hotel Granada Bukit Indah .
- Hotel V8 Nusa Bestari .
- Hotel Holmes Gelang Patah .
- Hotel Good Hope Skudai .
- Hotel Selesa Pasir Gudang .

Jika para pembaca blog ini ingin menginap di hotel atau ingin ketahui lebih lanjut tentang hotel yang disebutkan dalam senarai tersebut... para pembaca boleh melakukan carian di enjin carian Google.

#KosmopolitanJB #JB #JohorBahru #IM #IskandarMalaysia #TP #TanjungPuteri #Wow8Zone #WowEightZone #Wow8 #WowEight #Wow8Gangz #WowEightGangz #Wow8Biz #WowEightBiz #Tempatan #Local #Love #InstaGood #Malaysia #Indonesia #Singapore #Malaysian #Indonesian #Singaporean #NKRI

Senarai Mall Di Dalam Daerah Johor Bahru...




Pada ketika blogpost ini sedang ditaip... daerah kosmopolitan Johor Bahru sememangnya mempunyai bilangan mall yang banyak dan bahkan sebagai kawasan urbanisasi kedua terbesar di Malaysia selepas Kuala Lumpur... daerah kosmopolitan Johor Bahru juga merupakan kawasan urbanisasi kedua di Malaysia mempunyai bilangan mall yang banyak selepas daerah megalopolitan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Berikut merupakan antara mall-mall yang dapat pengarang blog ini senaraikan mengikut kawasan utama di dalam daerah Johor Bahru.

1 ) Johor Bahru Selatan / Pusat Kosmopolitan Johor Bahru.

~ City Square.
~ Komtar JBCC.
~ Galleria Kotaraya.
~ Belletime Teluk Danga.
~ Tropicana City Mall Teluk Danga.
~ Danga City Mall.
~ Duty Free Zone Stulang.
~ Plaza Pelangi.
~ Pelangi Leisure Mall.
~ Kompleks Lien Hoe.
~ Southkey Mid Valley Mega Mall.
~ Holiday Plaza.
~ KSL City.
~ AEON Mall Tebrau City.
~ Toppen Tebrau.
~ Pandan City.
~ AEON Big Pandan.
~ Plaza Angsana Johor Bahru.
~ Giant Mall Tampoi.
~ KIP Mall Tampoi.
~ Paradigm Mall Johor Bahru.
~ Giant Mall Taman Suria.
~ AEON Mall Bandar Dato' Onn.
~ @mart Kempas.
~ Larkin Sentral.
~ Plaza Larkin MARA.
~ Larkin Junction.

2 ) Johor Bahru Barat / Iskandar Puteri.

~ Mall of Medini.
~ Sunway Big Box Retail Park.
~ Mydin Mall Teratak Anjung.
~ AEON Mall Bukit Indah.
~ Tesco Mall Bukit Indah.
~ TF Value Mart Bukit Indah.
~ SKS Mart Selesa Jaya.
~ Bestmart Nusa Bestari.
~ Mydin Mall Mutiara Rini.
~ Tesco Extra Mall Mutiara Rini.
~ Perling Mall.
~ GP Sentral.

3 ) Johor Bahru Timur / Pasir Gudang.

~ Kompleks Pusat Bandar Pasir Gudang.
~ Tesco Mall Seri Alam.
~ Today's Mart Seri Alam.
~ Mydin Mall Taman Rinting.
~ Today's Mall Ulu Tiram.
~ Giant Mall Plentong.
~ Tesco Extra Mall Plentong.
~ AEON Mall Permas Jaya.

4 ) Johor Bahru Utara / Skudai.

~ Skudai Parade.
~ Tasek Sentral Taman Ungku Tun Aminah.
~ Giant Mall Taman Impian Emas.
~ Sutera Mall Taman Sutera Utama.
~ AEON Mall Taman Universiti.
~ U Mall Pulai.

#KosmopolitanJB #JB #JohorBahru #IM #IskandarMalaysia #TP #TanjungPuteri #Wow8Zone #WowEightZone #Wow8 #WowEight #Wow8Gangz #WowEightGangz #Wow8Biz #WowEightBiz #Tempatan #Local #Love #InstaGood #Malaysia #Indonesia #Singapore #Malaysian #Indonesian #Singaporean #NKRI

Sekolah Berasrama Di Pasir Gudang?...



Pada ketika blogpost ini sedang ditaip... kawasan Majlis Perbandaran Pasir Gudag (MPPG) terapat sebuah sekolah berasrama iaitu Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) Johor Bahru yang terletak di Seri Alam, Pasir Gudang.

Walaupun Pasir Gudang bukan sebuah daerah berstatus daerah penuh tetapi masih terdapat potensi untuk kawasan Majlis Perbandaran Pasir Gudang (MPPG) mempunyai lebih daripada satu sekolah berasrama pada pandangan pengarang blog.

Pengarang blog ini berharap moga suatu hari nanti pada masa akan datang... perkara ini boleh menjadi nyata.

#KosmopolitanJB #JB #JohorBahru #IM #IskandarMalaysia #TP #TanjungPuteri #Wow8Zone #WowEightZone #Wow8 #WowEight #Wow8Gangz #WowEightGangz #Wow8Biz #WowEightBiz #Tempatan #Local #Love #InstaGood #Malaysia #Indonesia #Singapore #Malaysian #Indonesian #Singaporean #NKRI

Sekolah Berasrama Di Skudai?...



Pada ketika blogpost ini sedang ditaip... kawasan Skudai (Mukim Tebrau & Mukim Pulai) sememangnya tidak mempunyai sekolah berasrama apatah lagi sekolah berasrama penuh. Boleh dikatakan hampir semua daerah di seluruh Malaysia mempunyai sekolah berasrama dan sekolah berasrama penuh.

Walaupun Skudai bukan sebuah daerah berstatus daerah penuh tetapi masih terdapat potensi untuk kawasan Skudai (Mukim Tebrau & Mukim Pulai) mempunyai sekolah berasrama pada pandangan pengarang blog.

Pengarang blog ini berharap moga suatu hari nanti pada masa akan datang... perkara ini boleh menjadi nyata.

#KosmopolitanJB #JB #JohorBahru #IM #IskandarMalaysia #TP #TanjungPuteri #Wow8Zone #WowEightZone #Wow8 #WowEight #Wow8Gangz #WowEightGangz #Wow8Biz #WowEightBiz #Tempatan #Local #Love #InstaGood #Malaysia #Indonesia #Singapore #Malaysian #Indonesian #Singaporean #NKRI

Sekolah Berasrama Di Iskandar Puteri?...



Pada ketika blogpost ini sedang ditaip... kawasan Majlis Bandaraya Iskandar Puteri (MBIP) sememangnya tidak mempunyai sekolah berasrama apatah lagi sekolah berasrama penuh. Boleh dikatakan hampir semua daerah di seluruh Malaysia mempunyai sekolah berasrama dan sekolah berasrama penuh.

Walaupun Iskandar Puteri bukan sebuah daerah berstatus daerah penuh tetapi masih terdapat potensi untuk kawasan Majlis Bandaraya Iskandar Puteri (MBIP) mempunyai sekolah berasrama pada pandangan pengarang blog.

Pengarang blog ini berharap moga suatu hari nanti pada masa akan datang... perkara ini boleh menjadi nyata.

#KosmopolitanJB #JB #JohorBahru #IM #IskandarMalaysia #TP #TanjungPuteri #Wow8Zone #WowEightZone #Wow8 #WowEight #Wow8Gangz #WowEightGangz #Wow8Biz #WowEightBiz #Tempatan #Local #Love #InstaGood #Malaysia #Indonesia #Singapore #Malaysian #Indonesian #Singaporean #NKRI

Kenali Maktab Sultan Abu Bakar (MSAB) Atau Lebih Dikenali Sebagai English College (EC)...




Maktab Sultan Abu Bakar (MSAB) atau lebih dikenali oleh warga tempatan daerah Johor Bahru sebagai English College (EC) merupakan sekolah menengah tertua di negeri Johor ini. Sekolah menengah ini ditubuhkan pada tahun 1914.

Sekolah menengah ini merupakan antara sekolah premier dan sekolah berkecemerlangan tinggi yang terdapat di dalam daerah Johor Bahru.

Sekolah menenagah ini terletak di Jalan Sungai Chat, Sri Gelam berhampiran dengan Dataran Bandaraya, Taman Nong Chik, Hotel Thistle, Pusat Penyiaran RTM Negeri Johor & Istana Bukit Serene (Istana Sultan Johor). Beberapa kilomter dari sekolah menengah ini... terletaknya Hospital Sultanah Aminah (HSA).

#KosmopolitanJB #JB #JohorBahru #IM #IskandarMalaysia #TP #TanjungPuteri #Wow8Zone #WowEightZone #Wow8 #WowEight #Wow8Gangz #WowEightGangz #Wow8Biz #WowEightBiz #Tempatan #Local #Love #InstaGood #Malaysia #Indonesia #Singapore #Malaysian #Indonesian #Singaporean #NKRI

Ada Apa Dengan Legoland Malaysia Di Iskandar Puteri?...




Legoland merupakan taman tema antarabangsa yang dioperasikan oleh Merlin Entertainments. Pada ketika blogpost ini sedang ditaip... terdapat 8 taman tema Legoland di serata dunia. Salah satu daripada lapan taman tema Legoland tersebut terletak di Iskandar Puteri, Johor, MALAYSIA.

Taman tema Legoland ini dinamakan sebagai Legoland Malaysia. Taman tema ini mula beroperasi pada 15hb September 2012.

Taman tema Legoland Malaysia ini merupakan taman tema Legoland pertama di benua Asia. Selain taman tema berasaskan tema Lego... terdapat juga Hotel Legoland dan Taman Tema Air Lego berhampiran dengan taman tema Legoland Malaysia ini.

Dari segi kedudukan taman tema antarabangsa terbaik di dunia... taman tema Legoland menduduki carta kedua selepas taman tema Disneyland. Taman tema Legoland juga berada di hadapan carta berbanding Taman Tema Universal Studios dan Taman Tema Six Flags.

#KosmopolitanJB #JB #JohorBahru #IM #IskandarMalaysia #TP #TanjungPuteri #Wow8Zone #WowEightZone #Wow8 #WowEight #Wow8Gangz #WowEightGangz #Wow8Biz #WowEightBiz #Tempatan #Local #Love #InstaGood #Malaysia #Indonesia #Singapore #Malaysian #Indonesian #Singaporean #NKRI

Wajarkah Credit Suisse Membuka Pejabatnya Di Johor Bahru?...




Pada ketika blogpost ini sedang ditaip... pejabat Credit Suisse yang terdapat di Malaysia hanya terletak di Kuala Lumpur sahaja. Di rantau Asia Tenggara... antara pejabat Credit Suisse yang terdapat di rantau ini ialah Singapura.

Sebagai kawasan urbanisasi kedua terbesar di Malaysia selepas Kuala Lumpur... Johor Bahru berpotensi untuk bertapaknya pejabat Credit Suisse yang boleh berfungsi sebagai pejabat Credit Suisse untuk wilayah selatan pantai barat semenanjung Malaysia.

Apa pun... pengarang blog ini berharap perkara ini boleh menjadi nyata suatu hari nanti pada masa akan datang.

#KosmopolitanJB #JB #JohorBahru #IM #IskandarMalaysia #TP #TanjungPuteri #Wow8Zone #WowEightZone #Wow8 #WowEight #Wow8Gangz #WowEightGangz #Wow8Biz #WowEightBiz #Tempatan #Local #Love #InstaGood #Malaysia #Indonesia #Singapore #Malaysian #Indonesian #Singaporean #NKRI

Kenali Universiti Penyelidikan & Pembangunan (R&D University) Di Selatan Tanahair... Universiti Teknologi Malaysia (UTM)...




Daerah Johor Bahru mempunyai beberapa buah universiti awam di dalam daerah ini antaranya ialah Universiti Teknologi Malaysia (UTM) yang terletak di Skudai. Universiti tersebut lebih menjurus kepada bidang teknologi dan kejuruteraan.

Sejarah penubuhan institusi pengajian tinggi awam (IPTA) ini bermula pada tahun 1904 dengan tertubuhnya Sekolah Teknik Treacher di Weld Road, Kuala Lumpur atau Weld Road kini dikenali dengan nama Jalan Raja Chulan.

Pada tahun 1942... Sekolah Teknik Treacher telah dinaiktaraf kepada Maktab Teknik. Pada tahun 1971... Maktab Teknik sekali lagi dinaiktaraf kepada Institut Teknologi Kebangsaan (ITK).

Kemerlangan institusi pengajian tinggi awam (IPTA) tersebut tidak terhenti setakat itu dan pada tahun 1975... sekali lagi institusi pengajian tinggi awam (IPTA) tersebut dinaitaraf dengan nama baru iaitu Universiti Teknologi Malaysia (UTM) sehinggalah sekarang pada ketika blogpost ini sedang ditaip.

Pertumbuhan pesat universiti ini menjadikan kampus Jalan Gurney tidak dapat menampung keperluan ruang dan kemudahan-kemudahan lain. Dengan perkenan Duli Yang Maha Mulia Almarhum Sultan Ismail, Sultan Johor, universiti ini telah membina kampus baru di Skudai yang meliputi kawasan seluas 2400 ekar. Kerja-kerja pembinaan telah bermula pada tahun 1978.

Kampus baru yang bernilai lebih satu billion ringgit Malaysia telah di rasmikan oleh DYMM Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong, Almarhum Sultan Iskandar Ibni Almarhum Sultan Ismail juga selaku Canselor UTM yang kedua pada 16 September 1985.

Di negeri Johor ini... Universiti Teknologi Malaysia (UTM) merupakan institusi pengajian tinggi awam (IPTA) terbaik di negeri Johor ini.

Harapan pengarang blog ini agar Universiti Teknologi Malaysia (UTM) terus maju jaya dalam mencapai kecemerlangan dan sentiasa berkembang pesat dalam meneroka ilmu penyelidikan sains & teknologi.

#KosmopolitanJB #JB #JohorBahru #IM #IskandarMalaysia #TP #TanjungPuteri #Wow8Zone #WowEightZone #Wow8 #WowEight #Wow8Gangz #WowEightGangz #Wow8Biz #WowEightBiz #Tempatan #Local #Love #InstaGood #Malaysia #Indonesia #Singapore #Malaysian #Indonesian #Singaporean #NKRI

Ada Apa Dengan Pejabat Pelajaran Daerah Pasir Gudang?...



Di negeri Johor pada ketika blogpost ini sedang ditaip... daerah yang mempunyai lebih dari satu pejabat pelajaran daerah (PPD) ialah daerah Johor Bahru yang dipecahkan kepada dua pejabat pelajaran daerah (PPD) iaitu PPD Johor Bahru dan PPD Pasir Gudang.

Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) Pasir Gudang mentadbir urus sekolah-sekolah rendah dan menengah di kawasan timur daerah Johor Bahru (mukim Plentong dan mukim Sungai Tiram yang merangkumi kawasan Pasir Gudang, Seri Alam, Masai, Ulu Tiram, Sungai Tiram, Kong Kong dan kawasan sehampiran di dalam kawasan timur daerah Johor Bahru).

#KosmopolitanJB #JB #JohorBahru #IM #IskandarMalaysia #TP #TanjungPuteri #Wow8Zone #WowEightZone #Wow8 #WowEight #Wow8Gangz #WowEightGangz #Wow8Biz #WowEightBiz #Tempatan #Local #Love #InstaGood #Malaysia #Indonesia #Singapore #Malaysian #Indonesian #Singaporean #NKRI

Tiba Masanya Pejabat Pelajaran Daerah Iskandar Puteri Diwujudkan?...



Di negeri Johor pada ketika blogpost ini sedang ditaip... daerah yang mempunyai lebih dari satu pejabat pelajaran daerah (PPD) ialah daerah Johor Bahru yang dipecahkan kepada dua pejabat pelajaran daerah (PPD) iaitu PPD Johor Bahru dan PPD Pasir Gudang.

Memandangkan daerah Johor Bahru merupakan daerah urbanisasi kedua teramai di Malaysia selepas daerah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur... daerah Johor Bahru berpotensi untuk mempunyai lebih lebih lagi PPD. Antara pejabat pelajaran daerah (PPD) yang berpotensi untuk diwujudkan ialah pejabat pelajaran daerah (PPD) Iskandar Puteri yang mentadbir urus sekolah-sekolah rendah dan menengah di kawasan barat daerah Johor Bahru (Iskandar Puteri, Bukit Indah, Gelang Patah dan kawasan sehampiran di dalam kawasan barat daerah Johor Bahru).

Pecahan pentadbiran PPD di daerah Johor Bahru boleh membantu pihak pentadbiran pelajaran daerah memantau pembangunan, penyelidikan & operasi pembelajaran di sekolah.

Moga perkara ini menjadi nyata di suatu masa nanti pada masa akan datang.

#KosmopolitanJB #JB #JohorBahru #IM #IskandarMalaysia #TP #TanjungPuteri #Wow8Zone #WowEightZone #Wow8 #WowEight #Wow8Gangz #WowEightGangz #Wow8Biz #WowEightBiz #Tempatan #Local #Love #InstaGood #Malaysia #Indonesia #Singapore #Malaysian #Indonesian #Singaporean #NKRI

Tiba Masanya Untuk Pejabat Pelajaran Daerah Skudai Diwujudkan?...



Di negeri Johor pada ketika blogpost ini sedang ditaip... daerah yang mempunyai lebih dari satu pejabat pelajaran daerah (PPD) ialah daerah Johor Bahru yang dipecahkan kepada dua pejabat pelajaran daerah (PPD) iaitu PPD Johor Bahru dan PPD Pasir Gudang.

Memandangkan daerah Johor Bahru merupakan daerah urbanisasi kedua teramai di Malaysia selepas daerah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur... daerah Johor Bahru berpotensi untuk mempunyai lebih lebih lagi PPD. Antara pejabat pelajaran daerah (PPD) yang berpotensi untuk diwujudkan ialah pejabat pelajaran daerah (PPD) Skudai yang mentadbir urus sekolah-sekolah rendah dan menengah di kawasan utara Johor Bahru (mukim Tebrau & Pulai).

Pecahan pentadbiran PPD di daerah Johor Bahru boleh membantu pihak pentadbiran pelajaran daerah memantau pembangunan, penyelidikan & operasi pembelajaran di sekolah.

Moga perkara ini menjadi nyata di suatu masa nanti pada masa akan datang.

#KosmopolitanJB #JB #JohorBahru #IM #IskandarMalaysia #TP #TanjungPuteri #Wow8Zone #WowEightZone #Wow8 #WowEight #Wow8Gangz #WowEightGangz #Wow8Biz #WowEightBiz #Tempatan #Local #Love #InstaGood #Malaysia #Indonesia #Singapore #Malaysian #Indonesian #Singaporean #NKRI

Bersediakah Warga Pasir Gudang Untuk Stesen Radio RTM ~ "Radio Pasir Gudang FM"?...




Ketika blogpost ini sedang ditaip... kebanyakkan radio tempatan milik kerajaan menerusi Jabatan Penyiaran Malaysia di bawah Kementerian Komunikasi & Multimedia Malaysia (KKMM) hanya di peringkat negeri sahaja.

Tidak seperti di negara jiran kita iaitu Negara Kesatuan Republik Indonesia (NKRI)... Malaysia tidak mempunyai stesen radio awam tempatan di peringkat daerah, daerah kecil dan pihak berkuasa tempatan (PBT). Indonesia bukan sahaja mempunyai stesen televisyen awam di peringkat nasional tapi bahkan jua terdapat stesyen televisyen awam di setiap provinsi (wilayah) yang dikendalikan oleh Televisi Republik Indonesia (TVRI) manakala di peringkat kabupaten (daerah) / kota (bandar/bandaraya) pula terdapat stesen radio awam tempatan yang dikendalikan oleh Radio Republik Indonesia (RRI).

Dalam menpertingkatkan lagi usaha penyampaian wadah aspirasi serta dasar kerajaan kepada rakyat, menyampaikan maklumat berita tempatan kepada rakyat, memelihara/memupuk/mengembangkan lagi seni kebudayaan tempatan... pada pandangan pengarang blog ini... sudah tiba masanya Radio Televisyen Malaysia (RTM) mengorak selangkah lagi ke hadapan dengan mewujudkan stesyen televisyen awam tempatan  di setiap negeri dan stesyen radio awam tempatan di setiap daerah, daerah kecil dan pihak berkuasa tempatan (PBT) di bawah kendalian Radio Televisyen Malaysia (RTM).

Dan oleh kerana itu jualah... pada pandangan pengarang blog ini... daerah Johor Bahru sebagai sebuah daerah kosmopolitan di selatan pantai barat semenanjung Malaysia berpotensi untuk mempunyai lebih daripada satu stesen radio RTM tempatan sendiri suatu hari nanti pada masa akan datang. Antara stesen radio RTM tempatan yang berpotensi diwujudkan di dalam daerah kosmopolitan ini ialah "Radio Pasir Gudang FM" yang memberi penumpuan kepada pendengar warga Pasir Gudang (warga kawasan pentadbiran Majlis Perbandaran Pasir Gudang, MPPG).

Apa pun... pengarang blog ini berharap perkara ini boleh menjadi nyata suatu hari nanti pada masa akan datang.

#KosmopolitanJB #JB #JohorBahru #IM #IskandarMalaysia #TP #TanjungPuteri #Wow8Zone #WowEightZone #Wow8 #WowEight #Wow8Gangz #WowEightGangz #Wow8Biz #WowEightBiz #Tempatan #Local #Love #InstaGood #Malaysia #Indonesia #Singapore #Malaysian #Indonesian #Singaporean #NKRI

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...