Pada pandangan jujur pengarang blog ini... ratio bilangan doktor, jururawat, paramedik, kakitangan perubatan, kakitangan pembantu perubatan, hospital dan klinik awam masih tidak mencukupi untuk mengimbangi perkhidmatan kesihatan dan perubatan terhadap rakyat marhean di negara ini.
Terdapat juga khabar angin menyatakan bahawa pada ketika blogpost ini sedang ditaip... negara sedang menghadapi isu lambakan graduan perubatan dan kesihatan yang sedikit membimbangkan tetapi pada masa yang sama... mereka (graduan perubatan dan kesihatan) tidak diambil bekerja oleh pihak kerajaan atas faktor mengawal perbelanjaan kerajaan.
Terdapat beberapa daerah di negara ini yang tidak mempunyai hospital daerah dan sekiranya warga daerah itu yang tidak mempunyai hospital daerah di daerah mereka... mereka yang perlu dimasukkan ke dalam wad... hendaklah pergi ke hospital daerah di daerah jiran mereka.
Jika isu kewangan negara tidak menjadi suatu permasalahan... pastinya tiada satu pun daerah di negara ini tercicir untuk adanya hospital daerah dan bahkan mungkin ada beberapa daerah yang mempunyai lebih daripada sebuah hospital daerah atas faktor populasi, ekonomi dan saiz geografi daerah tersebut.
Dan oleh kerana itu... pada pandangan pengarang blog ini... Pasir Gudang berpotensi untuk mempunyai hospital daerah sendiri bagi memberi perkhidmatan perubatan dan kesihatan kepada warga Johor Bahru Timur.
Hospital daerah itu tidaklah perlu sebesar Hospital Sultanah Aminah (HSA) dan Hospital Sultan Ismail (HSI)... cukuplah sekadar hospital daerah minor seperti Hospital Pontian atau Hospital Mersing bagi memberi perkhidmatan perubatan dan kesihatan minor kepada warga timur Johor Bahru tanpa perlu pergi sedikit jauh ke Hospital Sultanah Aminah (HSA).
Dan oleh kerana itu juga... pengarang blog ini berharap suatu hari nanti pada masa akan datang... Hospital Pasir Gudang dapat diwujudkan di Seri Alam untuk memberikan perkhidmatan rawatan dan penjagaan kesihatan kepada rakyat marhean di kawasan timur daerah Johor Bahru (Pasir Gudang, Seri Alam, Masai, Ulu Tiram dan kawasan sehampiran di dalam kawasan timur daerah Johor Bahru).
Apa pun lagi... pengarang blog ini berharap suatu hari nanti ratio perkhidmatan perubatan dan kesihatan awam kepada rakyat marhean dapat diseimbangi agar rakyat boleh hidup dalam keadaan sihat dan bahagia.
Persoalannya sekarang... apakah impian untuk wujudnya Hospital Pasir Gudang merupakan sesuatu yang boleh dijadikan realiti atau hanya sekadar fantasi selamanya?...
#KosmopolitanJB #JB #JohorBahru #IM #IskandarMalaysia #TP #TanjungPuteri #Wow8Zone #WowEightZone #Wow8 #WowEight #Wow8Gangz #WowEightGangz #Wow8Biz #WowEightBiz #Tempatan #Local #Love #InstaGood #Malaysia #Indonesia #Singapore #Malaysian #Indonesian #Singaporean #NKRI