Showing posts with label Ekonomi. Show all posts
Showing posts with label Ekonomi. Show all posts

Thursday, December 4, 2025

YTL ubah suai Thistle Johor Bahru jadi JW Marriott, dibuka akhir 2026.

 




YTL ubah suai Thistle Johor Bahru jadi JW Marriott, dibuka akhir 2026.


KUALA LUMPUR: Marriott International memeterai perjanjian dengan YTL Hotels bagi membawa jenama mewah JW Marriott ke Johor Bahru melalui penukaran strategi bekas hotel Thistle Johor Bahru.


Projek itu dijangka siap dan dibuka kepada umum menjelang Disember 2026, sekali gus mengukuhkan kehadiran Marriott dalam segmen hospitaliti mewah di Malaysia.


Presiden Marriott International Asia Pasifik (tidak termasuk China), Rajeev Menon, berkata langkah itu merupakan sebahagian strategi pengembangan jenama JW Marriott ke destinasi yang menunjukkan peningkatan permintaan pelancongan perniagaan dan rekreasi.


"Johor Bahru mempunyai hubungan rentas sempadan yang kukuh dan semakin berkembang sebagai hab antarabangsa.


Ia menjadikan bandaraya ini lokasi semula jadi untuk penjenamaan JW Marriott yang menekankan pengalaman mewah yang transformatif," katanya pada majlis memeterai perjanjian itu di Kuala Lumpur, semalam.


Sementara itu, Pengarah Eksekutif YTL Hotels, Datuk Mark Yeoh Seok Kah, berkata kerjasama jangka panjang bersama Marriott International sekali lagi diperkukuh melalui projek terbaharu itu.


"Hotel ini akan ditransformasi menjadi sebuah destinasi mewah moden yang mencerminkan nilai JW Marriott. Ia juga menandakan peranan Johor Bahru sebagai destinasi pilihan pelancong berprofil tinggi," katanya.


Pembukaan JW Marriott Hotel Johor Bahru dijangka menjadi pemangkin utama kepada pertumbuhan sektor hospitaliti mewah di bandaraya ini, sekali gus mengangkat Johor sebagai destinasi premium yang mampu bersaing dengan Singapura.


Perkembangan pesat ekonomi negeri, kedudukan strategik dan pembukaan Rapid Transit System (RTS) pada tahun depan menjadi antara faktor utama yang menyokong kehadiran jenama lima bintang itu.


Sementara itu, Naib Presiden Kanan Pembangunan Asia Pasifik (tidak termasuk China) Marriott International, D.Shawn Hill, berkata permintaan terhadap penginapan mewah semakin meningkat di pasaran sekunder seperti Johor Bahru, seiring pertumbuhan pelancongan dan akses yang lebih mudah antara kedua-dua negara.


"Kami melihat peningkatan permintaan ketara di banyak pasaran luar bandar bandar utama. Johor Bahru menjadi lokasi strategik kerana kedudukannya bersebelahan Singapura dan RTS akan mengurangkan kekangan perjalanan dengan hanya lima minit dari Woodlands," katanya.


Hotel JW Marriott Johor Bahru yang kini menjalani proses ubah suai menyeluruh merangkumi kawasan seluas 1.9 hektar dengan 410 bilik termasuk pilihan penginapan premium berkonsep kontemporari serta pemandangan panoramik bandar.


Antara kemudahan lain yang dirancang termasuk Executive Lounge sebuah spa dengan lima bilik rawatan, kemudahan hidroterapi, pusat kecergasan moden, kolam renang gaya resort, gelanggang tenis, tiga gelanggang pickleball serta Kids' Club khusus untuk keluarga.


Ruang acara turut dipertingkatkan dengan keluasan keseluruhan 2,517 meter persegi, merangkumi sebuah ballroom utama seluas 900 meter persegi, junior ballroom 600 meter persegi dan 16 bilik mesyuarat.


Hotel berkenaan terletak di persimpangan Jalan Sungai Chat dan Jalan Lingkaran Dalam, hanya beberapa minit dari Stesen RTS Bukit Chagar yang dijangka siap, Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin (CIQ) serta Lapangan Terbang Antarabangsa Senai.


JW Marriott Johor Bahru akan menjadi hotel JW Marriott kedua di negara ini selepas JW Marriott Kuala Lumpur, sekali gus memperkukuh portfolio mewah Marriott di Malaysia yang turut merangkumi The Ritz-Carlton, The St. Regis dan W Hotels.


Sumber daripada

~

https://www.bharian.com.my/bisnes/korporat/2025/12/1480186/ytl-ubah-suai-thistle-johor-bahru-jadi-jw-marriott-dibuka-akhir-2026


👇🏽👇🏽👇🏽👇🏽👇🏽

🔗🔗🔗🔗🔗


https://www.facebook.com/kosmopolitanjb/


https://kosmopolitanjb.blogspot.com/?m=0


🔗🔗🔗🔗🔗

👆🏽👆🏽👆🏽👆🏽👆🏽


#JohorBahru #JB #DaerahJohorBahru #DistrictJohorBahru #DaerahJB #DistrictJB #KosmopolitanJohorBahru #KosmopolitanJB #DewanBandarayaJohorBahru #JohorBahruCityHall #MajlisBandarayaJohorBahru #JohorBahruCityCouncil #DBJB #JBCH #MBJB #JBCC #IskandarMalaysia #IbrahimInternationalBusinessDistrict #IIBD #TanjungPuteri #CoronationSquare #SouthkeyMidValley #IskandarPuteri #MediniIskandar #KotaIskandar #PuteriHarbour #MajlisBandarayaIskandarPuteri #IskandarPuteriCityCouncil #MBIP #IPCC #IP #Nusajaya #PasirGudang  #Tebrau  #DangaBay  #Stulang  #RFPPrincessCove  #LarkinSentral  #BukitIndah  #PermasJaya  #GelangPatah  #ForestCity #Skudai #TamanUngkuTunAminah #TUTA #YTL #Thistle #JWMarriot #Accomodation #Accomodations #Penginapan #Hotel #Hotels


Sunday, October 4, 2020

Wajarkah Credit Suisse Membuka Pejabatnya Di Johor Bahru?...




Pada ketika blogpost ini sedang ditaip... pejabat Credit Suisse yang terdapat di Malaysia hanya terletak di Kuala Lumpur sahaja. Di rantau Asia Tenggara... antara pejabat Credit Suisse yang terdapat di rantau ini ialah Singapura.

Sebagai kawasan urbanisasi kedua terbesar di Malaysia selepas Kuala Lumpur... Johor Bahru berpotensi untuk bertapaknya pejabat Credit Suisse yang boleh berfungsi sebagai pejabat Credit Suisse untuk wilayah selatan pantai barat semenanjung Malaysia.

Apa pun... pengarang blog ini berharap perkara ini boleh menjadi nyata suatu hari nanti pada masa akan datang.

#KosmopolitanJB #JB #JohorBahru #IM #IskandarMalaysia #TP #TanjungPuteri #Wow8Zone #WowEightZone #Wow8 #WowEight #Wow8Gangz #WowEightGangz #Wow8Biz #WowEightBiz #Tempatan #Local #Love #InstaGood #Malaysia #Indonesia #Singapore #Malaysian #Indonesian #Singaporean #NKRI

Bersediakah Johor Bahru Untuk Perkhidmatan BRT?...




Pada ketika blogpost ini sedang ditaip... kawasan Iskandar Malaysia sedang rancak dalam perancangan untuk mewujudkan jajaran BRT di kawasan kosmopolitan tersebut.

Pada ketika blogpost ini sedang ditaip... di laman sesawang https://www.imbrt.com.my/ menyatakan terdapat 3 laluan untuk sistem perkidmatan pengangkutan awam BRT ini iaitu Laluan Tebrau, Laluan Iskandar Puteri & Laluan Skudai.

Setiap laluan ini terdapat stesen yang akan menjadi perhentian bagi setiap bas BRT ini. Tidak seperti sistem pengangkutan awam bas transit biasa... sistem pengangkutan awam bas BRT ini hanya akan berhenti di stesen-stesen BRT yang telah ditetapkan. Sistem pengangkutan awam bas BRT ini juga mempunyai laluan jalanraya sendiri serta tidak berkongsi dengan kenderaan biasa lain. Oleh itu... walaupun jenis kenderaan yang digunakan oleh sistem pengangkutan awam BRT ini ialah bas tetapi cara kendalian operasi sistem pengangkutan awam ini sama seperti sistem pengangkutan awam lrt / mrt.

Laluan Tebrau menghubungkan Desa Jaya sehingga ke Pantai Lido... Laluan Iskandar Puteri menghubungkan Medini Iskandar sehingga ke Skudai Kiri... Laluan Skudai menghubungkan Universiti Teknologi Malaysia (UTM) sehingga ke Wadi Hassan.

Dengan wujudnya sistem pengangkutan awam BRT ini dapat membantu mengurangkan kesesakan jalanraya di dalam daerah kosmopolitan Johor Bahru.

#KosmopolitanJB #JB #JohorBahru #IM #IskandarMalaysia #TP #TanjungPuteri #Wow8Zone #WowEightZone #Wow8 #WowEight #Wow8Gangz #WowEightGangz #Wow8Biz #WowEightBiz #Tempatan #Local #Love #InstaGood #Malaysia #Indonesia #Singapore #Malaysian #Indonesian #Singaporean #NKRI

Bersediakah Johor Bahru Untuk Perkhidmatan LRT?...




Pada ketika blogpost ini sedang ditaip... kawasan Iskandar Malaysia masih belum mempunyai perkhidmatan lrt di kawasan kosmopolitan tersebut seperti mana di kawasan megalopolitan Lembah Klang.

Sebagai kawasan urbanisasi kedua terbesar di Malaysia selepas Kuala Lumpur... pada pandangan pengarang blog ini... sudah tiba masanya untuk daerah kosmopolitan Johor Bahru mempunyai perkhidmatan lrt sendiri bagi memberi perkhidmatan kepada warga daerah kosmopolitan Johor Bahru.

Apa pun... pengarang blog ini berharap agar suatu hari nanti... perkara ini boleh menjadi nyata pada masa akan datang.

#KosmopolitanJB #JB #JohorBahru #IM #IskandarMalaysia #TP #TanjungPuteri #Wow8Zone #WowEightZone #Wow8 #WowEight #Wow8Gangz #WowEightGangz #Wow8Biz #WowEightBiz #Tempatan #Local #Love #InstaGood #Malaysia #Indonesia #Singapore #Malaysian #Indonesian #Singaporean #NKRI

Stesen HSR Johor Bahru... Apa Kesannya Kepada Johor Bahru & Warganya?...




Pada ketika blogpost ini sedang ditaip... ada khabar angin menyatakan bahawa pihak kerajaan Malaysia dan Singapura ingin kembali membuka pintu rundingan untuk menyambung kembali projek keretapi berkelajuan tinggi (HSR) yang menghubungkan Kuala Lumpur - Singapura melalui beberapa stesennya.

Antara stesen hentian HSR tersebut ialah stesen Johor Bahru yang berkemungkinan terletak di kawasan Iskandar Puteri.

Kewujudan HSR di beberapa buah negara seperti Jepun, Korea Selatan, China dan Perancis telah membuktikan bahawa kewujudan HSR sememangnya memainkan peranan penting dalam mempengaruhi impak ekonomi kepada negara kerana boleh menghubungkan penduduk di kawasan bandar besar dan bandar kecil dari segi ekonomi dan sosial.

Terdapat beberapa buah negara yang berminat untuk membina jajaran HSR ini seperti India dan Indonesia di negara mereka. Oleh sebab itu... Malaysia juga tidak harus ketinggalan dalam arus kemajuan ekonomi ini.

Jika projek HSR ini boleh memberi impak kemajuan ekonomi kepada negara... bayangkan pula apa kesannya kepada sebuah daerah dan warga Johor Bahru amnya.

Salah satu kesan ekonomi yang boleh melanda daerah Johor Bahru apabila projek HSR dan stesen hentian di Iskandar Puteri siap dibina dan mula beroperasi... akan ada pertumbuhan populasi yang secara mendadak akibat daripada ramainya penghijrahan warga luar daerah ke daerah ini untuk menetap di daerah ini tetapi bekerja di bandar besar seperti Kuala Lumpur dan Singapura memandangkan kos kehidupan di daerah ini masih lebih rendah berbanding di Kuala Lumpur dan Singapura.

Apa pun... pengarang blog ini berharap perkara ini menjadi nyata suatu hari nanti pada masa akan datang.

#KosmopolitanJB #JB #JohorBahru #IM #IskandarMalaysia #TP #TanjungPuteri #Wow8Zone #WowEightZone #Wow8 #WowEight #Wow8Gangz #WowEightGangz #Wow8Biz #WowEightBiz #Tempatan #Local #Love #InstaGood #Malaysia #Indonesia #Singapore #Malaysian #Indonesian #Singaporean #NKRI

Ada Apa Dengan Pelabuhan Tanjung Pelepas?...




Di dalam daerah Johor Bahru... terdapat dua buah pelabuhan antarabangsa iaitu Pelabuhan Pasir Gudang & Pelabuhan Tanjung Pelepas.

Pelabuhan Pasir Gudang terletak di kawasan timur daerah Johor Bahru manakala Pelabuhan Tanjung Pelepas pula terletak di kawasan barat daerah Johor Bahru.

Pelabuhan Tanjung Pelepas adalah pelabuhan antarabangsa kedua yang terletak di daerah Johor Bahru selepas Pelabuhan Pasir Gudang.

Harapan pengarang blog ini agar pelabuhan ini boleh berkembang lebih pesat dan dilengkapi dengan ciri-ciri moden terkini agar pelabuhan ini mampu kekal berdaya saing dengan pelabuhan-pelabuhan antarabangsa di rantau ini.

#KosmopolitanJB #JB #JohorBahru #IM #IskandarMalaysia #TP #TanjungPuteri #Wow8Zone #WowEightZone #Wow8 #WowEight #Wow8Gangz #WowEightGangz #Wow8Biz #WowEightBiz #Tempatan #Local #Love #InstaGood #Malaysia #Indonesia #Singapore #Malaysian #Indonesian #Singaporean #NKRI

Ada Apa Dengan Pelabuhan Pasir Gudang?...




Di dalam daerah Johor Bahru... terdapat dua buah pelabuhan antarabangsa iaitu Pelabuhan Pasir Gudang & Pelabuhan Tanjung Pelepas.

Pelabuhan Pasir Gudang terletak di kawasan timur daerah Johor Bahru manakala Pelabuhan Tanjung Pelepas pula terletak di kawasan barat daerah Johor Bahru.

Pelabuhan Pasir Gudang adalah pelabuhan antarabangsa tertua yang terletak di negeri Johor.

Harapan pengarang blog ini agar pelabuhan ini boleh berkembang lebih pesat dan dilengkapi dengan ciri-ciri moden terkini agar pelabuhan ini mampu kekal berdaya saing dengan pelabuhan-pelabuhan antarabangsa di rantau ini.

#KosmopolitanJB #JB #JohorBahru #IM #IskandarMalaysia #TP #TanjungPuteri #Wow8Zone #WowEightZone #Wow8 #WowEight #Wow8Gangz #WowEightGangz #Wow8Biz #WowEightBiz #Tempatan #Local #Love #InstaGood #Malaysia #Indonesia #Singapore #Malaysian #Indonesian #Singaporean #NKRI

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...