Showing posts with label Majlis Bandaraya Iskandar Puteri. Show all posts
Showing posts with label Majlis Bandaraya Iskandar Puteri. Show all posts

Saturday, July 4, 2020

Senarai Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) Di Dalam Daerah Johor Bahru...





Secara ringkasnya... Berikut ialah senarai pihak berkuasa tempatan (PBT) di dalam daerah Johor Bahru...

~ Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB).
~ Majlis Bandaraya Iskandar Puteri (MBIP).
~ Majlis Perbandaran Pasir Gudang (MPPG).


Senarai Mukim - Mukim Di Dalam Daerah Johor Bahru...




Daerah Johor Bahru merupakan sebuah daerah yang terletak di dalam negeri Johor.

Pusat urbanisasi utama & pusat pentadbiran daerah ini terletak di pusat metropolitan Johor Bahru atau lebih dikenali sebagai Tanjung Puteri bagi penduduk setempat dan warga daerah ini. Tanjung Puteri terletak di Mukim Bandar Johor Bahru. Mukim Bandar Johor Bahru merupakan mukim yang terpadat & teramai populasi di dalam daerah ini.

Daerah Johor Bahru terbahagi kepada tiga pentadbiran pihak berkuasa tempatan (PBT) iaitu Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) atau sebelum ini dikenali sebagai Majlis Perbandaran Johor Bahru (MPJB), Majlis Bandaraya Iskandar Puteri (MBIP) atau sebelum ini dikenali sebagai Majlis Perbandaran Johor Bahru Tengah (MPJBT) atau sebelumnya lagi dikenali sebagai Majlis Daerah Johor Bahru Tengah (MDJBT) dan satu lagi ialah Majlis Perbandaran Pasir Gudang (MPPG) atau sebelum ini dikenali sebagai Pihak Berkuasa Tempatan Pasir Gudang (PBTPG).

Terdapat khabar angin yang mengatakan bahawa perancangan beberapa tahun mendatang untuk mempersiapkan diri menaiktaraf pihak berkuasa tempatan (PBT) ini yang mana Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) akan dinaitaraf menjadi Dewan Bandaraya Johor Bahru (DBJB) dan Majlis Perbandaran Pasir Gudang (MPPG) pula akan dinaiktaraf menjadi Majlis Bandaraya Pasir Gudang (MBPG). Terdapat khabar angin bahawa terdapat cadangan untuk mewujudkan pihak berkuasa tempatan (PBT) yang baru yang terletak di bahagian utara daerah ini iaitu Skudai yang akan dipisahkan pentadbiran daripada Majlis Bandaraya Iskandar Puteri (MBIP) dengan mentadbir dua mukim iaitu Mukim Tebrau dan Mukim Pulai. Khabar angin cadangan pihak berkuasa tempatan (PBT) yang baru yang hendak diwujudkan itu di daerah ini berkemungkinan diberi nama Majlis Perbandaran Skudai (MPSku).

Berikut merupakan senarai mukim - mukim yang terletak di bawah pentadbiran daerah Johor Bahru.

~ Mukim Bandar Johor Bahru.
~ Mukim Jelutong.
~ Mukim Tanjung Kupang.
~ Mukim Plentong.
~ Mukim Sungai Tiram.
~ Mukim Tebrau.
~ Mukim Pulai.

Pusat Metropolitan Johor Bahru atau Tanjung Puteri mengalami pertumbuhan ekonomi yang pesat berbanding kawasan lain di daerah ini sejajar dengan peranannya sebagai pusat urbanisasi, ekonomi utama dan pentadbiran di daerah ini dan bahkan jua untuk negeri ini dan bahkan jua untuk Wilayah Selatan Pantai Barat Semenanjung Malaysia. Pertumbuhan ekonomi yang pesat juga mendorong pertumbuhan populasi yang juga pesat dan berterusan.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...